Chapter 9 : Linux
Published by Eqal under on 8:29 PMUnix? Apakah ia?
Sekitar tahun 1960an, sekumpulan pakar komputer dari Bell Labs berganding bahu dalam membangunkan sebuah sistem operasi yang dinamakan Multics (Multiplexing Information & Computer Services). Akan tetapi, disebabkan skop Multics yang agak meluas, projek tersebut terpaksa diberhentikan. Seorang demi seorang pembangun perisian dari projek tersebut dikeluarkan. Kumpulan akhir yang tinggal adalah Ken Thompson, Dennis Ritchie (bapa bahasa pengaturcaraan C), Brian Kernighan, Douglas McIlroy dan Joe Ossanna. Kelima-lima genius ini akhirnya membuat keputusan untuk membangunkan semula Multics, tapi dengan skop yang lebih kecil dan terancang. Projek terbaru ini dinamakan Unics (Uniplexing Information & Computer Services) yang kemudiannya ditukar nama kepada Unix.
Unix adalah sebuah sistem operasi yang menyokong kepelbagaian-tugasan, berbilang pengguna, mudah alih (dari segi kod aturcara), struktur direktori secara hirarki dan pelbagai fungsi lain.
Unix masih digunakan secara meluas sehingga ke hari ini dan pelbagai variasi Unix telah terhasil di seluruh dunia yang mana salah satu darinya adalah Linux.
Projek GNU (GNU’s Not Unix)
Buat pengetahuan semua, Unix adalah sebuah sistem operasi berbayar, sama seperti Microsoft Windows yang mana sebarang pengubahsuaian ke atas sistem operasi tersebut, penyebaran tanpa lesen atau penjualan semula adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah individu yang berpegang pada prinsip “Ilmu pengetahuan adalah milik semua orang”. Salah seorang dari individu-individu ini adalah Richard Matthew Stallman.
Kesan dari rasa tidak puas hati ini, Stallman telah memulakan sebuah projek yang diberi nama Projek GNU dengan misi mencipta sebuah sistem operasi (GNU Hurd) yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyebarkan sistem operasi tersebut kepada keluarga atau rakan-rakan, mengubahsuai kod aturcara mengikut kesesuaian pengguna, atau mengubahsuai kod aturcara dan menyebarkan/menjualnya semula sebagai sistem operasi baru.
Sayangnya, GNU Hurd tidak menjadi dan terbengkalai.
Lahirnya sebuah revolusi..
Linus Torvalds, seorang penuntut jurusan Sains Komputer di Universiti Helsinki, adalah seorang Jurutera Perisian dan hacker yang menggunakan Minix (salah 1 variasi Unix) dalam melakukan kerja-kerja seharian. Akan tetapi, beliau merasakan yang Minix agak mengongkong aktiviti sehariannya dengan pelbagai terma dan syarat penggunaan. Akhirnya, pada tahun 1991, beliau mengambil keputusan untuk membangunkan sistem operasinya sendiri, yang pada mulanya hanyalah sebagai hobi.
Torvalds mengajak para pembangun perisian dari seluruh dunia untuk sama-sama membangunkan sistem operasi baru ini. Pada ketika ini, sebuah sistem operasi, GNU Hurd, yang sedang giat dibangunkan telah menemui jalan buntu dan terbengkalai. Oleh itu, para pembangun perisian dari projek tersebut, Projek GNU, telah bersepakat untuk membantu Torvalds membangunkan sistem operasi yang sedang beliau bangunkan itu. Sistem operasi yang baru ini, yang pada asalnya ingin dinamakan sebagai Freak, telah diberi nama Linux sempena nama direktori yang menyimpan fail-fail sistem operasi tersebut.
* Terdapat kontroversi dalam nama sistem operasi ini.
Linux = Terminal? Susahnya!
Untuk menggunakan Linux, pengguna perlu menggunakan terminal/shell/command line. Setiap benda yang ingin kita lakukan, perlulah menggunakan terminal. Contohnya, untuk menyalin fail, kita perlu menggunakan arahan cp <failAsal> <failBaru>. Bukankah lebih mudah jika kita menggunakan tetikus untuk menyalin atau memindahkan fail. Tapi, benarkah pengguna Linux diwajibkan menggunakan terminal? Tidak sama sekali!
Linux pada masa kini, telah didatangkan dengan Desktop Environment yang mesra pengguna dan mudah dipelajari. Sekiranya pengguna tersebut biasa menggunakan Microsoft Windows, tidak ada masalah untuk mereka menggunakan Linux.
Cuma, para pengguna digalakkan mempelajari tentang bagaimana terminal berfungsi dan baris-baris arahan yang ada tapi tidak diwajibkan.
Sungguh rugi bagi pengguna Linux yang tidak tahu menggunakan terminal.
Samba Server
SETUP LINUX SERVER
LINUX OS: Fedora Core 10
SAMBA SERVER
Service : Samba
Install : # yum –y install samba (if there is NO smb in fedora packages)
# rpm –ivh <samba file> (if there is smb in fedora packages)
Check Status : # rpm –q samba
Up service : # smb status – check status
# service smb start – start service
# service smb restart – restart service
# service smb stop - stop service
Configuration File : vim /etc/samba/smb.conf (link utk edit)
Parameter : security = share I user I server
( Replace : security = share; no need smbpassword)
Create share folder:
[demo]
Path = /demo
Writable = yes
Browseable = yes
Public = yes
Restart samba : service smb restart
Additional info :
- SELinux turn off # vim /etc/selinux/config
- set selinux = disabled (reboot pc after set)
- Iptables turn off # service iptables stop
(Also can set by using command #setup ==>service tool)
- give user authority : # mkdir /demo
# chmod –R 777 /demo (full access)
· create user account & samba password : # adduser demo
passwd demo
# smbpasswd –a demo
(restart samba)
· Uninstall samba : yum uninstall samba
rpm –e samba
MYSQ & PHP
MYSQL & PHP
Service : mysql & php
Install : # rpm –ivh <php file> (if there is smb in fedora packages)
# rpm –ivh <mysql file> (if there is mysql in fedora packages)
` # rpm –ivh <php-mysql> (if there is mysql in fedora packages)
# rpm –ivh <mysql server>(if there is mysql in fedora packages)
# ls | grep <file name> ( using for grabbing file only)
Check Status : # rpm –q mysqld
Up service : # service mysqld status – check status
# service mysqld start – start service
# service mysqld restart – restart service
# service mysqld stop - stop service
Configuration File : tiada
Parameter : tiada
Additional info :
· Failed dependencies
- Find the file
- Install
· Uninstall mysql : yum uninstall mysql
rpm –e mysql